Make your own free website on Tripod.com
SEREMBAN Ahad 10 Februari 2002

Raja tak risau

 Biarpun tewas dengan 3 gol dalam dua saingan

Seperti selalu, K. Rajagopal tetap mempertahankan anak-anak buahnya biarpun sekali lagi tewas dengan jaringan yang besar. Dari sudut positifnya kenyataan bekas jurulatih Red Giants itu ada logiknya, bayangkan tujuh percubaan Voravut yang boleh menghasilkan gol Sabtu lalu semuanya diselamatkan oleh penjaga gol Negeri Sembilan Chempaka di samping percubaan Fatrurazi, Arman Zairi, dan Hardi Ahmad yang tersasar atau diselamatkan. Lebih perit lagi sepakan penalti Rozmin Musa yang laju melerek ke penjuru kanan pintu gol juga diselamatkan oleh Mohd Hadi Tahir. Mereka melakukan segalanya kecuali menjaringkan gol. Raja berhak mengatakannya kerana dia tahu mereka sudah melakukan yang terbaik namun bagaikan ada satu kuasa yang menghalang bola dari menerjah jaring NSC. Bagaimanapun tumpuan pastinya menjurus ke arah benteng yang semakin kendur menahan asakan yang bertali arus lawan. Ketiadaan Sarudy Sabtu ini mengkin memberi peluang cerah buat Akmal Tabrani untuk mencari kembali sentuhan yang hilang lebih semusim lalu.

Alangkah baiknya jika Tuan Kamree dapat bergandingan dengan Rozmin Musa di tengah ketika Syed Bukhari masih belum serasi dengan corak permainan Kelantan tapi kita harus terima hakikat yang beliau bukanlah mesin dan Bukhari perlu mempelajari lebih dari menendang bola. Sementara Arman Zairi tenyata gagal menandingi kehebatan Anuar Abu Bakar sebagai attacking midfielder kanan sementara Mohd Nor Derus tetap mempertahankan identitinya dengan membuat larian solo sambil sambil membuat rembatan namun setakat ini masih gagal membantu. Voravut nyata cepat menyesuaikan diri tetapi kadang-kadang lebih gemar membuat larian solo sebelum membuat ledakan biarpun berada di sudut yang sukar. Jadi K. Rajagopal mempunyai alasan yang cukup kuat mengapa dia langsung tidak risau dengan keputusan sekarang sambil mengharapkan bahagian tengah yang lebih sempurna terutama dari Syed Bukhari dan Arman Zairi Johan. Andai itu berlaku, Pahang bakal menjadi mangsa harimau luka 16 Februari ini.

RED HEAD DOWN

 Paroi nyata bukan milik kita

Kelantan gagal meneruskan unjuran kebangkitannya apabila ditewaskan 3-0 oleh pasukan Negeri Sembilan Chempaka (NSC), lawan yang mereka tewaskan 3-1 dalam saingan Piala FA Selasa lalu sambil Sarudy Aziz terlepas peluang beraksi menentang Pahang Sabtu ini selepas menerima kad kuning kedua. Suara keras K. Rajagopal dari bilik persalinan sebelum perlawanan agar benteng tidak mudah memberikan tendangan percuma hanya dipatuhi 35 minit saingan apabila ketua pasukan Saifulnizam Husin menjatuhkan Joseph Gisele Signou di dalam kotak penalti untuk tuan rumah mendahului menerusi sepakan penalti S. Jaya Prakash. Kelantan di awal babak berjaya menguasai saingan apabila mendapat tendangan percuma seawal minit ke 10 namun sepakan Zaidi Mat Ail yang ditanduk kemas oleh Voravut itu ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan Abdul Hadi. Seminit selepas itu Voravut sekali lagi membuat tandukan hampir serupa namun sekali lagi ditepis oleh penjaga gol tuan rumah. Minit ke 15, Mohd Nor Derus berada dalam kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol namun sepakannya melambung tinggi di atas palang gol NSC. Menyedari Kelantan mula mendominasi perlawanan, NSC memberi sedikit saingan namun tiada percubaan bahaya diperolehi. Minit ke 25 Voravut yang mendapat lorongan dari Rozmin membuat larian solo dari sebelah kiri namun dinafikan oleh palang gol walaupun Abdul Hadi sudahpun tewas. Tuan rumah bagaimanapun mendapat peluang terbaik menjaringkan apbila pemain impotnya El Hadji berjaya menewaskan Shahrizan tetapi sempat dikuis keluar oleh Saifulnizam Husin. Selang dua minit pertahanan tuan rumah menadapt kad kuning pertama apabila membuat bentesan keras ke atas Hardi Ahmad. Sementara Sarudy pula mendapat kad kuning apabila mengasari pertahanan lawan dan di minit akhir babak pertama Voravut sekali lagi gagal memecah kebuntuan apabila sepakan percumanyanya diselamatkan oleh penjaga gol betul-betul diperjuru kiri gol.

Sebaik babak kedua bermula, NSC memulakan asakan bertubi-tbu dan hasilnya gol kedua diperolehi menerusi El Hadji yang mendapat lorongan dari kanan dan meledakkan sepakan ke penjuru kiri gol menewaskan Sharizan sekali lagi. Seminit selepas itu Voravut sekali lagi mendapat umpanan dari Hardi lantas membuat tandukan namun di kuis keluar oleh pertahanan tuan rumah. Kemasukan Fatrurazi menggantikan Syed Bukhari yang terkial-kial mencari arah pada minit ke 56 berjaya menghidupkan kembali bahagian depan yang lesu sebelum ini dan minit ke 65  sepakan lintang Rozmin Musa ditanduk oleh Fatrurazi Rozi ke hadapan pintu gol lalu ditanduk sekali lagi oleh Voravut ke penjuru kanan gol tetapi dapat dihidu oleh penjaga gol tuan rumah untuk menyelamatkan keadaan. Admin Ismail yang masuk menggantikan Mohd Nor Derus juga gagal memberi tekanan kepada tuan rumah. Kelantan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila dua percubaan dari Arman Zairi dan Voravut selaps itu sedikit keluar dari pintu gol. Sepuluh minit sebelum saingan berakhir tuan ruamah yang sekali sekala membuat serangan balas sekali lagi menghukum kelalaian benteng Kelantan apabila sepakan R. Sekar di luar kotak penalti berjaya menewaskan Shahrizan yang sedikit terkehadapan. Sarudy yang mula hilang kawalan digantikan oleh pekas pemain simpanan Terengganu Mohd Shahrul Ezrain namun pemain muda ini masih takut untuk membuat larian. Biarpun ketinggalan 3 gol Kelantan tidak mengaku kalah apabila memaksa tuan rumah berkampung di laman sendiri. Peluang terbaik di perolehi apabila Hardi dijatuhkan di dalam kotak penalti namun sepakan Rozmin Musa di penjuru kanan gol berjaya ditepis keluar. Tidak cukup dengan itu, Fatrurazi Rozi juga gagal menanduk masuk ketika pintu gol lawan tidak di kawal. Barisan pemain : (No. dalam kurungan adalah ranking penulis terhadap prestasi sepanjang perlawanan) Syed Bukahri (5), Mohd Admin Ismail (5), Zaidi Mat Ail (7), Arman Zairi (5), Mohd Nor Derus (5), Saifulnizam Husin (6), Fatrurazi Rozi (7), Hardi Ahmad (9), Voravut (9), Sarudy Aziz (7), Shahrizan Ismail (7), Mohd Shahrul Ezrain (5), Rozmin Musa (8), Azman Yusoff (7)
KUALA LUMPUR Jumaat 08 Februari 2002

Buktikan II

 Kelantan Boleh

Di sebalik nada selamba K. Rajagopal selepas anak-anak buahnya diaibkan oleh pasukan Melaka dalam aksi sulung dua minggu lalu rupanya tersirat satu mesej yang amat dalam untuk renungan kita; 'jangan cepat melatah'. Mahunya tidak, ketika peminat Redhead tidak dapat menyembunyikan rasa resah dengan aksi longgar malam berdarah itu, bekas jurulatih Selangor itu muncul di kaca TV sehari selepas kejadian untuk mententeramkan peminat kijang agar tidak menjadikan kegagalan itu sebagai kayu pengukur bagi sekuad Kelantan yang baru dibentuk. Jelas beliau tidak hipokrit; aksi menentang Perlis jauh lebih bertenaga biarpun masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan aksi musim lalu. Tiga mata berharga berjaya dipungut biarpun Syed Bukhari dan Voravut dikecam hebat kerana gagal memenuhi status pemain impot, malah jauh ketinggalan berbanding aksi anak negeri. Sehari selepas itu K. Rajagopal sekali lagi menyabarkan peminat sambil menjanjikan aksi lebih baik dari dua pemain tersebut. Biarpun rata-rata menganggap kemenangan tersebut sebagai nasib, sekurang-kurangnya mentaliti skuadnya sedikit pulih dan mula membina keyakinan tersendiri.

Dengan mempamerkan aksi lebih baik dari dua perlawanan sebelumnya di semua bahagian biarpun tanpa kelibat Tuan Kamree yang tercedera, Negeri Sembilan Chempaka langsung tidak percaya yang pasukan Kelantan jelas sudah bersedia sebelum mereka. Kemenangan itu sekaligus mengurangkan dominasi pasukan kelab dalam saingan Piala FA namun Rajagopal ada sebab lain untuk meraikan malam kebangkitan itu, keserasian Hardi, Fatrurazi, Voravut dan Mohd Nor Derus. Peningkatan prestasi duo Thailand Syed Bukhari dan Voravut seharusnya menjadi penawar yang paling mujarab bagi mengubati ketiadaan beberapa tonggak musim lalu. Rangkaian hadapan bagaikan bersedia meroboh sekebal mana tembok lawan, penjana tengah yang mula menunjukkan peningkatan sementara benteng yang semakin matang, bagaikan seiring mewarnai kancah yang semakin meriah. Jika graf kebangkitan dijadikan ukuran, NSC bakal mengalami kekalahan yang lebih besar dari Selasa lalu namun harus dingat musim lalu dalam saingan Piala malaysia kita tewas 0-1 di sana ketika Sarudy dikenakan kad merah walaupun kita menang di Kota Bharu juga 3-1 selepas itu.
KUALA LUMPUR Selasa 05 Februari 2002
Ulasan Kawe 11 (Kelantan Perlis)

Kelantan bermula dengan agak baik pada 5 minit pertama dengan beberapa serangan dilancarkan.. hardi hampir meletakkan kelantan didepan setelah menerima hantaran vorawut dalam kotak penalti , namun sepakannya dinafikan oleh mohd amran omar penjaga gol perlis..selepas itu rentak kelantan mula beransur perlahan.  perlis banyak menguasai tempo permainan dan melancarkan gerakan2 bahaya terutama dari pemain importnya no9 de souza...yang akhirnya berjaya melakukan rembatan kencang pada separuh masa pertama untuk meletakkan perlis didepan Gol tersebut nyata menyemarakkan pemain2 perlis untuk mencari gol seterusnya dengan membuat gerakan2 cantik .. hanya ketangkasan sharizan menyelamatkan gawang kelantan dari dibolosi lebih banyak gol..pemain2 kelantan agak tenggelam pada masa tersebut hanya tuan kamree dilihat berusaha keras menghidupkan barisan tengah manakala serangan kelantan jelas kurang bermaya.. vorawut pemain yg mendapat reputasi meluas nyata gagal menepati ramalan awal tentang kehebatannya..gandingannya dengan hardi pada babak pertama boleh disifatkan agak bercelaru mybe masih kurang persefahaman..setelah kemasukan fatrurazi setelah 10 minit separuh masa kedua bermula barulah kelihatan barisan serangan kelantan lebih bermaya dengan larian2 derasnya bersama hardi dengan bantuan mat nor derus serta s.bukhari..ternyata kemasukan beliau mengubah rentak pasukan kelantan menjadi lebih bertenaga dan pantas kira2 10 minit sebelum tamat permainan beliau menanduk masuk untuk gol pertama yang menyemarakkan semangat penonton yang sebelum itu lebih gemar melemparkan kata2 kesat terhadap pemain kelantan terutama kepada vorawot..bermula dari gol penyamaan tersebut penonton kembali ghairah dengan memberi sokongan fanatik..seolah2 memberi tonik baru kepada pemain2 kelantan untuk terus menyerang dan menyerang sehinggalah bala conde melakukan suatu gerakan menarik dalam kotak penalti perlis sebelum meledakkan rembatan deras untuk menamatkan malam ceria buat kelantan.

pemain2 kelate malam ini:

1. shahrizan isamail : antara pemain yang cemerlang malam ini.. banyak save bola bahaya, pun begitu tindakan bahayanya dihujung permainan nyaris2 menghasilkan gol buat perlis apabila keluar dari posisi,nasib baik bola dapat diselamatkan oleh zaidi dan sarudi.

2. saifulnizam: memuaskan.. macam biasa.. tenang..

3.zaidi mat ail : sederhana .. kadang2 tindakannya membahayakan pntu gol sendiri.

4. sarudy : pada kawe dia main bawah tahap sebenar,
banyak buat kesalahan mudah, wbgmanapun dia tetap rajin dan bertenaga.

5. azman yusoff : ok.. konsisten, memuaskan..beberapa kali buat rtembatan jauh namun tersasar.

6.kamree: anatara pemain yg rajin malam ni..memuaskan

7. s.bukhari : sederhana .. tiada apa yg menarik tentang pemain ini..

8. rozmin : kurang memuaskan sehingga dikeluarkan dan diganti oleh bala.

9.mat nor derus : memuaskan.. banyak buat larian2 deras..tetapi percubaann jauhnya juga banyak tersasar diganti dengan admin ismail.

10. hardi : memuaskan.. cuma penyudah masih tumpul.

11. vorawut : slow..kurang bertenaga..banayk peluang gagal disempurnakan.. wlau camanapun beliau tetap org paling besar di padang diganti dgn arman zairi

12. fatrurazi: man of the match..

13. admin : memuaskan..berpotensi jadi pemain utama

14. arman zairi : memuaskan, bertenaga


kad kuning : zaidi mat ail
penonton: 8 ribu kot

kesimpulan malam ni .. banyak lagi kerja abe pal..
dan perlu melahirkan lebih ramai "fatrurozi"

# tak puas ati : tiket scoreboard dah rm 12...org tak ramai kat situ male nih.



KOTA BHARU Ahad 03 Februari 2002

Beri mereka masa...

 Kelibat Syed Bukhari dan Voravut banyak membantu

Tekanan ketika permainan akibat diletakkan harapan yang tinggi selepas menduduki tempat ketiga liga musim lalu di samping kehilangan beberapa tonggak utama yang boleh dianggap nadi pasukan musim lalu merupakan faktor utama prestasi kurang memberangsangkan pasukan Kelantan selepas mengharungi dua perlawanan setakat ini. Berbeza dengan saingan musim lalu, Kelantan bermula tanpa sebarang tekanan kerana baru memasuki Perdana I selepas menjuarai Perdana II pada tahun sebelumnya. Jadi tidak hairanlah musim lalu Kelantan mencatat kemenangan demi kemenangan dalam pusingan pertama sehingga menduduki tangga ketiga liga. Namun label pasukan elit bukanlah mudah untuk dipertahankan apabila lawan mula berhati-hati apabila pertemu pasukan kita dan hasilnya jelas ketika kita dikecewakan oleh pasukan Melaka.

Di samping itu ketiadaan S. Sivaram, Rizal Zambri Yahya dan Anuar Abu Bakar paling dirasakan kerana ketiga-tiga pemain tersebut merupakan nadi bagi menghidupkan barisan tengah dan hadapan yang jelas longlai dalam dua aksi setakat ini. Bagaimanapun kehadiran Syed Bukhari nyata memberi sedikit harapan dan Voravut memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri bersama Hardi Ahmad dan Fatrurazi Rozi. Sementara bahagian pertahanan bakal mendapat sentuhan Akmal Ahmad Tabrani yang berehat setahun menjelang pertemuan menentang Negeri Senbilan Chempaka Sabtu ini. Benteng yang dibarisi pemain yang hampir sama dengan musim lalu perlukan lebih banyak perlawanan bagi mengembalikan kekuatan lebih-lebih lagi dengan kehdiran Zaidi Mat Ail yang setakat ini menunjukkan semangat juang yang tinggi.

KUALA LUMPUR Sabtu 02 Februari 2002

TNB, SKMK seri lagi...

 SKMK juga seri 1-1 dengan JKR Kedah

Kehadiran jurulatih baru TNB Kelantan Azraai Khor Abdullah di Stadium Petaling Jaya malam tadi tidak berjaya membantu pasukan itu apabila diikat 1-1 oleh pasukan MPPJ. Tuan rumah menjaringkan gol seawal minit ke 7 sementara pasukan pelawat menyamakan kedudukan melalui bekas pemain bawah 19 tahun Malaysia Khairul Zalazmi Zahinuden (gambar terbaru di kanan) Perlawanan nyata seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbals serangan.

KUALA LUMPUR Jumaat 01 Februari 2002

Benamkan Singa Utara!

 Kemunculan sulung Voravut dan Syed Bukhari diharap dapat membantu Kelantan memungut tiga mata malam esok

Misi memulihkan maruah yang tercalar di Melaka jauh lebih sukar dari mendapatkan ITC bagi membolehkan Syed Bukhari dan Voravut Srikama beraksi namun K. Rajagopal tahu betapa harga sebuah kehormatan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Justeru, satu-satunya jalan bagi menebus dosa yang terbuku adalah dengan menundukkan Singa Utara Perlis di hadapan penonton sendiri bagi membina kembali keyakinan peminat yang hampir musnah akibat amukan sang kancil minggu lalu. Bekas jurulatih Selangor yang mengakui beliau harus berdiri di alam nyata, Perlis jauh lebih baik dari yang ditemui ketika empat penjuru lalu dan tujuh hari selepas tragedi itu harus dilalui penuh teliti bagi menilai dan memperbaiki segala kepincangan terutama di bahagian benteng dan tengah yang lumpuh sepeninggalan Rizal dan Sivaram. Sayang Nik Musanif juga tiada buat menemani Kamree yang terkial-kial mencari rakan. Sarudy, yang selalunya bergandingan dengan Saifulnizam di benteng tengah ditugaskan menggantikan tempat Sivaram di kanan, gagal berfungsi bagi membantu bahagian tengah dan hadapan. Dia yang bagaikan kekok dengan posisi barunya sering kehilangan arah. 

Kelemahan ini di kesan oleh jentera lawan dan sering menggunakan laluan ini untuk melakukan serangan. Sedikit berbeza dengan benteng kanan Azman Yusoff yang beraksi dengan baik namun lorongannya senang dihidu oleh pihak lawan yang mengawal ketat Hardi dan Fatrurazi. Sementara Arman Zairi ayang beraksi di tengah bersama Rozmin dan Rozmin gagal menujukkan komitmen. Kemasukan Syed Bukhari dilihat tepat pada waktunya ketika jentera tengah bagaikan hilang pedoman sementara Zaidi, Saiful, Sarudy dan Azman akan tetap diberi kepercayaan di benteng. Menilai prestasi di Melaka, Mohd Nor Derus dilihat calon paling layak sebagai attacking midfielder dan jika K. Rajagopal memilih formasi 4-3-3 pastinya Hardi, Fatrurazi dan Voravut akan berada di hadapan. Walau apapun muslihat jurulatih Kelantan kali ini, misi memburu tiga mata tetap menjadi agenda utama sambil perhatian tertumpu ke arah 6 pemain yang memegang satu kad kuning sekarang. Peminat yang dahagakan kemenangan pastinya akan memberi sokongan padu demi mencapai matlamat menewaskan pasukan bimbingan Tajuddin Nor itu.

KUALA LUMPUR Rabu 30 Januari 2002

Hadapi kenyataan!

 

 Arman Zairi Johan (merah) cuba memperdaya pemain Melaka Armin Shariff

Kami siarkan kembali ulasan Emeet dan Din Mat mengenai perlawanan Kelantan Melaka yang dipetik dari guestbook

Ulasan Emeet

Assalamualaikum..., di sini saya ingin mengambil kesempatan..,untuk bersama menumpang sedikit perasaan up-set terhadap keputusan perlawanan semalam...,saya bersama-sama dengan slice_dat, webmaster dan beberapa orang rakan kita yg turut berada di stadium H.Tuah semalam...,sedikit sebanyak terkejut dengan beberapa keadaan dan situasi yg berlaku sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.....,saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perlawanan tersebut..,dan seperti apa yg telah dinyatakan oleh tok_ayoh..,kerana beliau menghubungi kami semasa perlawanan berlangsung semalam...keputusan pengadil juga..,mungkin antara penyebabnya...,saya bukanlah mahu menyalahkan pengadil..apabila team kita kalah...tetapi saya rasa jika anda berada di sana semalam pun.,..andai pasti setuju dengan pendapat saya...

SEPARUH MASA PERTAMA:-
Keadaan pada separuh masa pertama adalah seimbang..,dengan ke dua-dua pasukan sering melancarkan serangan dan kadang2 mengundang cemas...baik di pihak kelantan..,mahupun di pihak melaka.Akan tetapi..,kalau mahu dibuat kesimpulan..,serangan dari pihak melaka nampak agak merbahaya kerana lebih kurang 4-5 percubaan tepat mereka berbanding kelantan yang hanya melakukan satu percubaan tepat..melalui tandukan Hardi Ahmad..,jika tidak kerana kecemerlangan Mat shah..mungkin kita lebih awal dibolosi serta tewas dengan margin yg lebih besar lagi....md nor derus melepaskan peluang keemasan ketika baki perlawanan tinggal lebih kurang 5 minute pada separuh masa pertama dengan ruag cukup terbuka utk beliau melakukan rembatan tepat..tetapi cubaan beliau melambung tingii ke langit.

SEPARUH MASA KEDUA:-
Bermulalah malam kehancuran kelantan semalam..,apabila baru 4-minit perlawanan bersambung Melaka membuka jaringan awal menerusi Halim Jantan pada minit ke-49.Gol ini berpunca daripada kurangnya komunikasi serta persefahaman antara saiful Nizam Husien(stooper) dan Zaidi Mat Ail(last man) yg membiarkan Halim Jantan mudah munyusup masuk ke dalam kotak penalti dan cuma menyambung hantaran rakan bagi meletakkan bola ke dalam gawang Kelantan.Gol ke 2 Melaka juga berpunca daripada kurangnya persefahaman antara pertahanan sehingga membiarkan sekali lagi halim jantan melakukan pecutan terus ke dalam kotak penalti..,dan Mat Shah yg pada ketika itu berada dalam keadaan 50-50 terpaksa merebahkan badan dan menjatuhkan Halim Jantan...sepakan penalti disempurnakan oleh K.Nanthakumar(minit ke-60)...9 minit kemudian gol ke-3 melaka muncul....dan cuma gol ini sahaja yg.boleh diterima akal sebagai gol bersih daripada Melaka..berpunca dripada sepakan penjuru dan bola ditanduk lambung ke penjuru kanan gawang Kelantan...walaupun berjaya dicapai sedikit oleh Mat Shah tetapi bola tetap menerjah jaring....pada separuh masa ke-2 ini 3 peluang keemasan Kelantan gagal dimanafaatkan menerusi percubaan Md.Nor Derus yg terkena tiang dan sekali lagi bola terkena tiang menerusi tandukan Bala...satu gerakan skill yg menarik dilakukan Hardi Apabilamengelecek 2 pertahan Melaka..,melakukan turning dan meledakan rembatan..tetapi bola sipi melepasi palang gol Melaka...di penghujung 10 minute terakhir..berlaku sedikit ketegangan apabila Sarudy Aziz yg dari bawah meluru ke arah pengadil seperti mahu melepaskan tumbukan ataupun tendangan..,tetapi biar menepuk belakang pengadil utk melepaskan geram beliau apabila Md. Nor Derus dijatuhkan di dalam kotak penalti dan pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti..,md. Nor derus yg sedar tiada ihsan daripada pengadil bangkit merebut bola dan ingin melepaskan rembatan..,tetapi pengadil meniup wisel kerana mengatakan bola sudah pun terkena tangan Md.Nor terlebih dahulu....itu lah serba sedikit mengenai perlawanan semalam...

p/s: 4 trio Kelantan yg bersama dengan melaka semalam semuanya diturnkan dan semuanya menunjukan suatu permainan yg bermutu.....

-keputusan upset yg kami maksudkan ketika perlawanan belum berlangsung ialah tiadanya kelibat perangcang import kita "SYED BUKHARI IDRIS"...menyedari keadaan itu..,saya bertanya kepada salah seorang pemain Kelantan dan beliau menyatakan Syed masih belum memperolehi sijil ITC yg menjadi syarat kepada setiap pasukan untuk menurunkan tonggak import...jadi semalam bahagian midfield Kelantan agak tempang kerana hanya T.Kamree yg jelas keseorangan dalam menjana jentera serangan...apa yg menjadi PERSOALANNYA SEKARANG.....syed Bukhari Idris..telah 3 bulan menjalani latihan bersama Kelantan???masakan masih belum selesai urusan ITC beliau???segala-galanya hanya KAFA yg tahu...di tambah lagi dengan hanya 4 orang pemain simpanan yg dibawa(kurang 1)..dan ke empat-empatnya ialah pemain midfield dan pertahanan..tiada satu pun striker???bayangkan apa berlaku jika bala ataupun Hardi tercedera semalam????apa2 pun terpulang kepada KAFA....last minute baru mahu buat kerja.....

-6 pemain Kelantan menerima kad kuning
(Hardi,Mat shah,sarudy,Rosmaini,zaidi mat Ail,Azman)
**beware..,semua defend kita dah kena kad

Ulasan Din Mat 

An embarrassing score line. Should be more if not for sterling performance displayed by Mat Shah. I went to Melaka with high hope and expectation, hoping that Kelatan would be able to extend the performances that catapult the team to the top section of the league last year. Disappointed, maybe, but I am more concern with the depth of the team. The 2 so called wingbacks were not up to the task. They are unable to make any decent pass. Our main strength lies with the agility and speed of the strike force led by Hardi, However, without any penetrating pass, they are left high and dry. Due to their size, they are unable to force their way through in tight situation. However, if the ball is placed behind the defender, they by having tremendous speed can give any defender a torrid time. Instead of making a penetrating pass behind the defender, most of the passes made are short (especially made by Azman Yusoff (no 12)) and in such a way that the flankers have to come and collect the ball at the center line and forcing them to dribble their way through. In addition this, Azman was unable to check the flanker and Melaka is able to capitalize on this spraying dangerous crosses into our penalty area.

Zaidi Mat Ail (No 5) and Saifulnizam Husin (14) made a commendable performance and capable to handle most of the aerial passes with ease. Rozmin Musa (No 25) was unable to distribute the ball effectively and add pressure to Kamree.

Frustrated, our players have resorted to rough tactics. This should be avoided; the players should keep their anger and temper in check. Arguing with the Ref is futile and could worsen the situation. Sarudy Aziz (No 21), losing his head, rushed and pushed the Ref; he was lucky to receive only a yellow card. With limited number of players available it is important that we avoid unnecessary suspension.

I do empathized with Rajagopal, due to limited players, he has to field 2 green horns no 4 (Admin Ismail)and 6(Arman Zairi), which sad to say due to their inexperience were unable to make any notable contribution.

Having saying that, let focused on the coming matches. Let the match tonight be an eye opener and inspire the team to do better in the next game. Please remember, you represent our hope, inspiration and passion. There is long season aheadů. hopefully we can rediscover our winning touch.

GOMO KELATE GOMO

Your biggest fan
MELAKA Isnin 28 Januari 2002

Sayang Bukhari!

Tidak dapat membantu Kamree

Belumpun sepak mula di Stadium Hang Tuah dilakukan, peminat bagaikan sudah menghidu kekalahan pelawat apabila kelibat Syed Bukhari tidak bersama rakan-rakan yang berjersi serba merah berjalan keluar ke pentas saingan. Lebih dari itu, kelihatan hanya empat pemain muda yang duduk di bangku simpanan. Sementara Akmal Ahmad Tabrani yang berehat panjang kelihatan di tempat duduk penonton. Beliau yang  tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin di gantung tiga perlawanan. Kelantan awal-awal lagi memberi tekanan kepada tuan rumah apabila Hardi yang mendapat lantunan dari Rozmin Musa membuat tandukan namun diselamatkan oleh penjaga gol lawan. Dan selepas itu hanya menyaksikan pasukan kancil beberapa kali mencemaskan pintu gol kijang namun dinafikan oleh kepantasan Shahrizan Ismail. Dalam kesibukan tuan rumah melancarkan asakan Hardi yang jarang sekali mendapat lorongan mendapat kad kuning pertama musim ini akibat kekasaran ke atas pertahanan lawan. Minit ke 25 perlawanan pemakai jersi 25 Rozmin Musa mendapat peluang terbaik mendahului tapi sepakannya tersasar ke atas palang gol. Dan selepas itu Redhead yang sekali sekala membuat serangan mudah dipatahkan oleh benteng yang dibarisi oleh Azaha Azizi dan Rosli Omar. Melaka bagaikan mengerti benteng Kelantan yang rapuh terus mengasak dari segenap penjuru namun babak pertama berakhir dengan 0-0. Tanpa sebarang pertukaran, skuad Melaka yang menyedari kelemahan benteng Kelantan melipat gandakan asakan sebaik babak kedua dan gol pertama terhasil selepas 4 minit saingan menerusi Mohd Arsyah. Gol berpunca dari salah faham Saiful dan Zaidi Mat Ail.

 Gol tersebut nyata menyemarakkan semangat tuan rumah apabila berkali-kali mencemaskan pintu gol Kelantan dan di minit ke 60 Melaka mendapat sepakan penalti apabila Shahrizan menjatuhkan Halim Jantan. Dan beliau juga dihadiahkan kad kuning akibat membantah keputusan pengadil. Gol disempurnakan oleh K. Nanthakumar. Menyedari bahagian tengah Kelantan yang hampir langsung tidak berfungsi memaksa K. Rajagopal mengeluarkan pasangan Tuan Kamree, Arman Zairi Johan digantikan oleh Admin Ismail. Melaka yang tetap tidak berpuas hati dengan dua gol terus memberi masalah buat benteng Kelantan yang menyaksikan Sarudy Aziz mendapat kad kuning akibat menolak pengadil dari belakang. Sesekali Mohd Nor Derus membuat percubaan namun tersasar termasuk satu percubaannya yang terkena tiang. Menyedari benteng yang sudah tidak bermaya, Saiful dikeluarkan dan Rosmaini Ismail dimasukkan tapi keadaan tetap tidak berubah sebaliknya Melaka mendapat gol ketiga hasil tandukan penyerangnya yang gagal dijangkau kemas oleh Shahrizan. Malah Rosmaini juga mendapat kad kuning selepas hanya beberapa minit beraksi. Di akhir babak Fatrurazi hampir menjaringkan gol namun tandukannya juga tersasar. Lain-lain pemain yang mendapat kad kuning adalah Zaidi Mat Ail. Barisan Kelantan 23. Shahrizan Ismail, 12. Azman Yusoff , 5. Zaidi Mat Ail, 14. Saifulnizam Husin, 21. Sarudy Azizi, 6. Arman Zairi Johan, 13. Tuan Kamree, 25. Rozmin Musa, 11. Mohd Nor Derus, 19. Hardi Ahmad, 15. Fatrurazi Rozi. Pemain Simpanan : 4. Admin Ismail, 3. Rosmaini Ismail, 1. Mohd Shahrun Ismail (Penjaga Gol), 9. Ahmad Perbuana Ismail 

KOTA BHARU Sabtu 26 Januari 2002

Mampukah Azaha!

Dua musim bersama pasukan bermasalah JKR Kelantan mengajarnya betapa perit kehidupan sebagai pemain bolasepak sepenuh masa. Mengorbankan kerjaya sebagai pegawai bank demi memenuhi kehendak naluri, namun langit tidak selalu terang dan segala rentetan mendewasakan Azaha Aziz yang sudah bersedia mental dan fizikal untuk mengawal pergerakan si lipas kudung Hardi Ahmad dan si bijak Fatrurazi Rozi. Bersama rakan senegeri Rosli Omar dan Armin Shariff yang berkelana ke negeri Hang Tuah, Azaha bakal menjadi tunggak utama yang bakal menghalang niat sang kijang membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu. Lebih dari itu pemain kelahiran Kuala Krai ini terpaksa memastikan rakan-rakan barunya menghalang kelibat Mohd Nor Derus dan Rozmin Musa yang akan berusaha memastikan penjuru kiri dan kanan Stadium Hang Tuah milik mutlak mereka. Musim lalu di medan yang sama, skuad bimbingan K. Rajagopal berputih mata akibat kekurangan sokongan mental selepas diasak hebat oleh pasukan kendalian Ramli Junit itu. Masih jelas bayangan Armin Shariff yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dalam perlawanan itu namun malam ini Armin dan Rosli Omar turun dengan pasukan yang berbeza tapi misi tetap sama; menjana bahagian tengah dari monopoli Tuan Kamree dan Syed Bukhari.

Menilai saingan empat penjuru lalu, bahagian depan dan tengah bakal dikuasai Redhead tapi benteng yang sering menjadi igauan buat Rajagopal memerlukan lebih dari suntikan semangat bagi membendung serangan sang kancil sambil membiarkan sorakan dari penghuni bandar bersejarah di bawa Angin Laut China Selatan tanpa mengganggu rentak yang telah di susun rapi. Sarudy Aziz, Azman Yusoff, Zaidi Mat Ail dan Saifulnizam Husin perlu akur yang mereka akan berhadapan dengan 11 pemain yang selalunya tidak mengecewakan penyokong mereka di samping berurusan dengan kerakusan penyokong yang pernah dikritik hebat musim lalu. Yang pasti, andainya kesebelasan malam ini berjaya menggarap segala tekanan di luar padang dan melakukan yang terbaik di bahagian tengah dan hadapan sementara bahagian benteng berjaya meminimakan kesilapan, kita pasti tidak akan pulang hampa. Dan sedikit kelegaan hadir kerana hampir semua pemain utama sudah biasa dengan situasi sukar lebih-lebih pengalaman ketika beraksi dalam sainagn suku dan separuh akhir musim lalu. 

Penyokong-penyokong Kelantan yang akan ke Stadium Melaka malam ini diminta duduk di Grandstand dan memastikan sokongan padu bagi mengurang tekanan dari penyokong tuan rumah ke atas pasukan kesayangan kita. 

KOTA BHARU Rabu 23 Januari 2002

Selamat datang Voravut

Penyerang impot yang dicari sudah ditemui

K. Rajagopal akhirnya menamatkan pencarian pemain impotnya apabila Voravut Srikama, pemain Thailand yang sekarang bersama kelab BEC Tero Sasana yang menjadi juara Liga Thailand dua tahun lalu, berjaya memikat hati beliau. Pemain Thailand tersebut pernah beraksi dalam Piala Tiger tahun 2000 di Bangkok dan muncul sebagai penjaring terbanyak termasuk hattrick dalam perlawanan akhir ketika Thailand menewaskan Indonesia 4-1.

Kami mendapat feedback yang baik selepas meminta peminat laman ini menghantar gambar Voravut di guestbook semalam. Gambar bawah adalah kiriman Rosediana Kamal sementara gambar bawah kiri adalah kiriman dari Nik Fadli. Kami mengharapkan agar lebih banyak foto dan biodata pemain baru seperti Zaidi, Rozmin, Syed Bukhari, Md Nor Derus di hantar kepada kami untuk dimuatkan dalam ruangan biodata. E-mel kami gomokelate@hotmail.com 

KOTA BHARU Jumaat 18 Januari 2002

9 kekosongan?

Yang tinggal buat pemain TNB musim lalu 

TNB Kelantan bagaikan si tamak yang tidak puas dengan apa yang ada apabila mengikat satu demi satu pemain baru tanpa langsung mengambilkira tonggak musim lalu yang membawa pasukan itu ke Piala Malaysia. Selepas dikejutkan dengan pengambilan Azrul Amri Burhan serta beberapa tonggak 'berharga' dari Perak dan Negeri Sembilan di samping beberapa nama dari pasukan lain, kini muncul tiga nama baru yang pastinya  menambah senarai pemain yang menyarung jersi pasukan korporat itu buat pertama kali. Samada sedar atau tidak, situasi ini jelas tidak disenangi oleh pemain-pemain yang bertungkus lumus menabur bakti musim lalu kerana lebih ramai muka baru yang muncul, semakin kurang peluang bagi muka lama untuk kekal dalam senarai terakhir nanti. Mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat yang semakin kurang. Sebelum ini TNB dengan angkuh mengumumkan 11 pemain luar sudah diikat di samping membayangkan kemungkinan menggunakan khidmat pemain dari Liga Inggeris sebagai pemain impot. Masing- masing tiga bekas pemain Perak dan Kelantan, dua dari Negeri Sembilan dan JKR Kelantan serta seorang dari Kedah menjadikan 11 semuanya, kini dua lagi 

pemain dari JKR, pasukan yang digantung dari Perdana II musim ini iaitu Khairul Anuar Ramli dan Badrulhisham Kadir serta seorang pemain KL Malay Mail bakal menyarung jersi pasukan bimbingan Salim Mahmud menjadikan 16 muka baru termasuk pemain impot. Maknanya jelas, cuma tinggal 9 lagi kekosongan dari 25 pemain yang dibenarkan oleh FAM untuk pasukan kelab untuk di saingi oleh lebih 20 pemain TNB musim lalu. Nama-nama besar seperti Hamdi Ibrahim, Nordin Shukri,  Saidi Mamat, Latif Jusoh, Morhim Abdullah bakal bersaing dengan beberapa nama dari barisan utama musim lalu. Bagaimanapun TNB sudah menggugurkan 11 pemain musim lalu lebih awal, kini tinggal 14 nama yang akan bersaing untuk merebut 9 tempat tersebut. Namun kekosongan itu mungkin berkurangan andainya ada lagi pemain baru dari negeri lain yang berminat untuk menyertai pasukan yang akan menentang pasukan Polis dalam saingan pertama 27 Januari nanti. 16 muka baru bukannya sedikit, mungkin itu merupakan rekod 'Pemain Baru Paling Ramai di daftarkan'. Ketika KAFA masih tercari-cari tiga pemain lagi untuk mengisi slot 20 pemain, di samping hanya 5 lima pemain baru, TNB jelas berbelanja besar dan kita harapkan hasilnya juga memuaskan hati. 

KOTA BHARU Isnin 14 Januari 2002

Kelantan juarai saingan

Selepas menewaskan Surat Thani 3-2 malam tadi

Saingan empat penjuru berakhir semalam namun K. Rajagopal mulai sedar betapa saingan getir bakal menanti anak buahnya dalam kancah sebenar nanti. Biarpun menjuarai saingan dengan tujuh mata namun masih banyak yang perlu diatasi terutama di barisan bawah yang kerap dibocori. Keputusan menewaskan Negeri Sembilan 3-1, Surat Thani 3-2 dan seri dengan Perlis 1-1, jelas menampakan segala kepincangan yang perlu diatasi segera sebelum saingan bermula dua minggu dari sekarang. Di sudut lain, Mohd Noor Derus yang menggantikan tempat Anuar Abu Bakar jelas mampu menggalas tugas itu apabila menjaringkan dua gol ketika menewaskan pasukan Selatan Thailand malam tadi. Sementara kembar Hardi-Bala semakin matang apabila masing-masing menjaringkan dua dari tujuh gol sepanjang kejohanan.

Namun, keputusan seri 1-1 dengan pasukan Perlis jelas mengundang kebimbangan lebih- lebih lagi apabila bertemu pasukan yang jauh lebih baik persiapan mereka seperti Pulau Pinang dan Terengganu nanti. Tetapi itu bukanlah ukuran sebenar tapi yang jelas setiap pasukan bakal menunjukkan peningkatan mendadak lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain impot masing- masing. Bagaimanapun keseluruhannya kejohanan ini penting bagi meningkatkan ketahanan mental pemain di samping memupuk persefahaman antara pemain lama dan baru - Rencana ini ditulis selepas kami menghubungi penjaga gol Kelantan Shahrizan Ismail lima minit selepas perlawanan menentang Surat Thani malam tadi. Kami mengharapkan ulasan sempurna dari salah seorang penonton Redhead. Hantarkan kepada gomokelate@hotmail.com 

KOTA BHARU Sabtu 12 Januari 2002

Kelantan 3 - N9 1

Perlis dan Surat Thani seri 1-1

K. Rajagopal  sudah boleh menarik nafas lega selepas menyaksikan  anak-anak buahnya menewaskan pasukan bimbingan Sheikh Mohd Zaki 3-1 di Stadium Sultan Mohamad ke IV Kota Bharu malam tadi. Lebih dari itu ketiadaan Anuar Abu Bakar di sebelah kanan berjaya diisi oleh Mohd Nor Derus yang banyak membuat larian sementara Rozmin Musa mengisi tempat Nik Ahmad Fadhli di sebelah kiri dan beliau sempat menjaringkan satu gol dari tiga gol tuan rumah. Dua gol lagi adalah hasil kombinasi mantap Hardi Ahmad dan Fatrurazi apabila masing-masing menjaringkan satu gol. Bahagian tengah menjadi hak mutlak Tuan Kamree dan dibantu oleh pemain impot dari Thailand Syed Bukhari berjaya menjana bahagian itu dengan baik.

Di bawah, empat pemain Azman, Sarudy, Zaidi dan Saiful mungkin menjadi pilihan utama di masa depan sementara Akmal dan Ahmad Perbuana perlu bekerja keras untuk merebut tempat itu. (Ulasan lebih terperinci boleh dikuti diguestbook)

Dalam satu lagi perlawanan yang dijalankan sebelumnya, Perlis dan Surat Thani seri 1-1. Malam ini Redhead akan melayan pasukan Perlis jam 9.30 malam sementara Negeri Sembilan bakal menghadapi kepantasan pasukan Surat Thani dalam perlawanan yang akan bermula 7.45 malam. Di harap lebih ramai peminat yang datang untuk memberi sokongan moral kepada pasukan tuan rumah malam ini.

KUALA LUMPUR Jumaat 10 Januari 2002

SKMK tanpa bintang

23 pemain termasuk dua tenaga impot di umumkan

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) bakal memulakan kempen dalam saingan Perdana II buat julung kalinya musim ini tanpa kehadiran pemain yang berstatus bintang. Dengan kombinasi pemain musim lalu dan bekas pemain dari skuad simpanan Kelantan serta dua tenaga impot dari Thailand, semi finalis  Piala FAM musim lalu itu tetap menjanjikan cabaran getir buat pasukan lain. Pengurus pasukan, Haji Azhari Awang akur dengan dengan ketiadaan bintang yang datang semasa pemilihan tempoh hari namun itu bukanlah ukuran sebenar pasukan nya. Nama-nama pemain yang terus dikekalkan adalah seperti Anuar Roni, Mat Anuar Semail, Mohamad Abdullah, Bukimi Dollah, dan Nalimi Abdul Manan bukanlah nama asing bagi peminat pasukan SKMK dan mereka akan dibantu oleh beberapa bekas pemain simpanan Kelantan seperti Khairan Eroza, Nizam Mohd Nor dan Hafiz Mahadi.

Di samping itu dua pemain impot dari Selatan Thailand Wan Cai E-zor dan Yunaina Dollah juga mempunyai sentuhan baik dan bakal mengucar-kacirkan benteng lawan. Setakat ini SKMK telah melalui tiga perlawanan persahabatan; menang ke atas TNB Kelantan dan FAMA dengan masing-masing 3-1 dan 3-0 sebelum tewas 0-2 kepada TNB juga Selasa lalu. Haji Azhari membayangkan pasukannya akan meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan di selatan Thailand sebelum beraksi dalam aksi sebenar menentang Telekom Melaka pada 27 Januari di Stadium Kubu nanti. Buat masa ini pasukan bimbingan Mahadi Yusoff ini sedang giat menjalani latihan di Padang Mardi, Kota Bharu.

Berikut disiarkan senarai rasmi 23 pemain pasukan SKMK Kelantan musim ini. 

zekein.jpg (31435 bytes)