|
|
SEREMBAN Ahad 10 Februari 2002 |
Raja
tak risau |
Biarpun
tewas dengan 3 gol dalam dua saingan |
Seperti
selalu, K. Rajagopal tetap mempertahankan anak-anak
buahnya biarpun sekali lagi tewas dengan jaringan yang
besar. Dari sudut positifnya kenyataan bekas jurulatih
Red Giants itu ada logiknya, bayangkan tujuh percubaan
Voravut yang boleh menghasilkan gol Sabtu lalu semuanya
diselamatkan oleh penjaga gol Negeri Sembilan Chempaka
di samping percubaan Fatrurazi, Arman Zairi, dan Hardi
Ahmad yang tersasar atau diselamatkan. Lebih perit lagi
sepakan penalti Rozmin Musa yang laju melerek ke penjuru
kanan pintu gol juga diselamatkan oleh Mohd Hadi Tahir.
Mereka melakukan segalanya kecuali menjaringkan gol.
Raja berhak mengatakannya kerana dia tahu mereka sudah
melakukan yang terbaik namun bagaikan ada satu kuasa
yang menghalang bola dari menerjah jaring NSC.
Bagaimanapun tumpuan pastinya menjurus ke arah benteng
yang semakin kendur menahan asakan yang bertali arus
lawan. Ketiadaan Sarudy Sabtu ini mengkin memberi
peluang cerah buat Akmal Tabrani untuk mencari kembali
sentuhan yang hilang lebih semusim lalu. |
Alangkah
baiknya jika Tuan Kamree dapat bergandingan dengan
Rozmin Musa di tengah ketika Syed Bukhari masih belum
serasi dengan corak permainan Kelantan tapi kita harus
terima hakikat yang beliau bukanlah mesin dan Bukhari
perlu mempelajari lebih dari menendang bola. Sementara
Arman Zairi tenyata gagal menandingi kehebatan Anuar Abu
Bakar sebagai attacking midfielder kanan
sementara Mohd Nor Derus tetap mempertahankan
identitinya dengan membuat larian solo sambil sambil
membuat rembatan namun setakat ini masih gagal membantu.
Voravut nyata cepat menyesuaikan diri tetapi
kadang-kadang lebih gemar membuat larian solo sebelum
membuat ledakan biarpun berada di sudut yang sukar. Jadi
K. Rajagopal mempunyai alasan yang cukup kuat mengapa
dia langsung tidak risau dengan keputusan sekarang
sambil mengharapkan bahagian tengah yang lebih sempurna
terutama dari Syed Bukhari dan Arman Zairi Johan. Andai
itu berlaku, Pahang bakal menjadi mangsa harimau luka 16
Februari ini. |
RED
HEAD DOWN |
Paroi
nyata bukan milik kita |
Kelantan
gagal meneruskan unjuran kebangkitannya apabila
ditewaskan 3-0 oleh pasukan Negeri Sembilan Chempaka (NSC),
lawan yang mereka tewaskan 3-1 dalam saingan Piala FA
Selasa lalu sambil Sarudy Aziz terlepas peluang beraksi
menentang Pahang Sabtu ini selepas menerima kad kuning
kedua. Suara keras K. Rajagopal dari bilik persalinan
sebelum perlawanan agar benteng tidak mudah memberikan
tendangan percuma hanya dipatuhi 35 minit saingan
apabila ketua pasukan Saifulnizam Husin menjatuhkan
Joseph Gisele Signou di dalam kotak penalti untuk tuan
rumah mendahului menerusi sepakan penalti S. Jaya
Prakash. Kelantan di awal babak berjaya menguasai
saingan apabila mendapat tendangan percuma seawal minit
ke 10 namun sepakan Zaidi Mat Ail yang ditanduk kemas
oleh Voravut itu ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan
Abdul Hadi. Seminit selepas itu Voravut sekali lagi
membuat tandukan hampir serupa namun sekali lagi ditepis
oleh penjaga gol tuan rumah. Minit ke 15, Mohd Nor Derus
berada dalam kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol
namun sepakannya melambung tinggi di atas palang gol NSC.
Menyedari Kelantan mula mendominasi perlawanan, NSC
memberi sedikit saingan namun tiada percubaan bahaya
diperolehi. Minit ke 25 Voravut yang mendapat lorongan
dari Rozmin membuat larian solo dari sebelah kiri namun
dinafikan oleh palang gol walaupun Abdul Hadi sudahpun
tewas. Tuan rumah bagaimanapun mendapat peluang terbaik
menjaringkan apbila pemain impotnya El Hadji berjaya
menewaskan Shahrizan tetapi sempat dikuis keluar oleh
Saifulnizam Husin. Selang dua minit pertahanan tuan
rumah menadapt kad kuning pertama apabila membuat
bentesan keras ke atas Hardi Ahmad. Sementara Sarudy
pula mendapat kad kuning apabila mengasari pertahanan
lawan dan di minit akhir babak pertama Voravut sekali
lagi gagal memecah kebuntuan apabila sepakan
percumanyanya diselamatkan oleh penjaga gol betul-betul
diperjuru kiri gol. |
Sebaik
babak kedua bermula, NSC memulakan asakan bertubi-tbu
dan hasilnya gol kedua diperolehi menerusi El Hadji yang
mendapat lorongan dari kanan dan meledakkan sepakan ke
penjuru kiri gol menewaskan Sharizan sekali lagi.
Seminit selepas itu Voravut sekali lagi mendapat umpanan
dari Hardi lantas membuat tandukan namun di kuis keluar
oleh pertahanan tuan rumah. Kemasukan Fatrurazi
menggantikan Syed Bukhari yang terkial-kial mencari arah
pada minit ke 56 berjaya menghidupkan kembali bahagian
depan yang lesu sebelum ini dan minit ke 65
sepakan lintang Rozmin Musa ditanduk oleh Fatrurazi Rozi
ke hadapan pintu gol lalu ditanduk sekali lagi oleh
Voravut ke penjuru kanan gol tetapi dapat dihidu oleh
penjaga gol tuan rumah untuk menyelamatkan keadaan.
Admin Ismail yang masuk menggantikan Mohd Nor Derus juga
gagal memberi tekanan kepada tuan rumah. Kelantan
seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila dua
percubaan dari Arman Zairi dan Voravut selaps itu
sedikit keluar dari pintu gol. Sepuluh minit sebelum
saingan berakhir tuan ruamah yang sekali sekala membuat
serangan balas sekali lagi menghukum kelalaian benteng
Kelantan apabila sepakan R. Sekar di luar kotak penalti
berjaya menewaskan Shahrizan yang sedikit terkehadapan.
Sarudy yang mula hilang kawalan digantikan oleh pekas
pemain simpanan Terengganu Mohd Shahrul Ezrain namun
pemain muda ini masih takut untuk membuat larian.
Biarpun ketinggalan 3 gol Kelantan tidak mengaku kalah
apabila memaksa tuan rumah berkampung di laman sendiri.
Peluang terbaik di perolehi apabila Hardi dijatuhkan di
dalam kotak penalti namun sepakan Rozmin Musa di penjuru
kanan gol berjaya ditepis keluar. Tidak cukup dengan itu,
Fatrurazi Rozi juga gagal menanduk masuk ketika pintu
gol lawan tidak di kawal. Barisan pemain : (No. dalam
kurungan adalah ranking penulis terhadap prestasi
sepanjang perlawanan) Syed Bukahri (5), Mohd Admin
Ismail (5), Zaidi Mat Ail (7), Arman Zairi (5), Mohd Nor
Derus (5), Saifulnizam Husin (6), Fatrurazi Rozi (7),
Hardi Ahmad (9), Voravut (9), Sarudy Aziz (7), Shahrizan
Ismail (7), Mohd Shahrul Ezrain (5), Rozmin Musa (8),
Azman Yusoff (7) |
KUALA
LUMPUR Jumaat 08 Februari 2002 |
Buktikan
II |
Kelantan
Boleh |
Di
sebalik nada selamba K. Rajagopal selepas anak-anak
buahnya diaibkan oleh pasukan Melaka dalam aksi sulung
dua minggu lalu rupanya tersirat satu mesej yang amat
dalam untuk renungan kita; 'jangan cepat melatah'.
Mahunya tidak, ketika peminat Redhead tidak dapat
menyembunyikan rasa resah dengan aksi longgar malam
berdarah itu,
bekas jurulatih Selangor itu muncul di kaca TV sehari
selepas kejadian untuk mententeramkan peminat kijang agar
tidak menjadikan kegagalan itu sebagai kayu pengukur
bagi sekuad Kelantan yang baru dibentuk. Jelas beliau
tidak hipokrit; aksi menentang Perlis jauh lebih
bertenaga biarpun masih jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan aksi musim lalu. Tiga mata berharga
berjaya dipungut biarpun Syed Bukhari dan Voravut
dikecam hebat kerana gagal memenuhi status pemain impot,
malah jauh ketinggalan berbanding aksi anak negeri.
Sehari selepas itu K. Rajagopal sekali lagi menyabarkan
peminat sambil menjanjikan aksi lebih baik dari dua
pemain tersebut. Biarpun rata-rata menganggap kemenangan
tersebut sebagai nasib, sekurang-kurangnya mentaliti
skuadnya sedikit pulih dan mula membina keyakinan
tersendiri. |
Dengan
mempamerkan aksi lebih baik dari dua perlawanan
sebelumnya di semua bahagian biarpun tanpa kelibat Tuan
Kamree yang tercedera, Negeri Sembilan Chempaka langsung
tidak percaya yang pasukan Kelantan jelas sudah bersedia
sebelum mereka. Kemenangan itu sekaligus mengurangkan
dominasi pasukan kelab dalam saingan Piala FA namun
Rajagopal ada sebab lain untuk meraikan malam
kebangkitan itu, keserasian Hardi, Fatrurazi, Voravut
dan Mohd Nor Derus. Peningkatan prestasi duo Thailand
Syed Bukhari dan Voravut seharusnya menjadi penawar yang
paling mujarab bagi mengubati ketiadaan beberapa tonggak
musim lalu. Rangkaian hadapan bagaikan bersedia meroboh
sekebal mana tembok lawan, penjana tengah yang mula
menunjukkan peningkatan sementara benteng yang semakin
matang, bagaikan seiring mewarnai kancah yang semakin
meriah. Jika graf kebangkitan dijadikan ukuran, NSC
bakal mengalami kekalahan yang lebih besar dari Selasa
lalu namun harus dingat musim lalu dalam saingan Piala
malaysia kita tewas 0-1 di sana ketika Sarudy dikenakan
kad merah walaupun kita menang di Kota Bharu juga 3-1
selepas itu. |
KUALA
LUMPUR Selasa 05 Februari 2002 |
Ulasan
Kawe 11 (Kelantan Perlis) |
Kelantan
bermula dengan agak baik pada 5 minit pertama dengan
beberapa serangan dilancarkan.. hardi hampir meletakkan
kelantan didepan setelah menerima hantaran vorawut dalam
kotak penalti , namun sepakannya dinafikan oleh mohd
amran omar penjaga gol perlis..selepas itu rentak
kelantan mula beransur perlahan. perlis banyak
menguasai tempo permainan dan melancarkan gerakan2
bahaya terutama dari pemain importnya no9 de souza...yang
akhirnya berjaya melakukan rembatan kencang pada separuh
masa pertama untuk meletakkan perlis didepan Gol
tersebut nyata menyemarakkan pemain2 perlis untuk
mencari gol seterusnya dengan membuat gerakan2 cantik ..
hanya ketangkasan sharizan menyelamatkan gawang kelantan
dari dibolosi lebih banyak gol..pemain2 kelantan agak
tenggelam pada masa tersebut hanya tuan kamree dilihat
berusaha keras menghidupkan barisan tengah manakala
serangan kelantan jelas kurang bermaya.. vorawut pemain
yg mendapat reputasi meluas nyata gagal menepati ramalan
awal tentang kehebatannya..gandingannya dengan hardi
pada babak pertama boleh disifatkan agak bercelaru mybe
masih kurang persefahaman..setelah kemasukan fatrurazi
setelah 10 minit separuh masa kedua bermula barulah
kelihatan barisan serangan kelantan lebih bermaya dengan
larian2 derasnya bersama hardi dengan bantuan mat nor
derus serta s.bukhari..ternyata kemasukan beliau
mengubah rentak pasukan kelantan menjadi lebih bertenaga
dan pantas kira2 10 minit sebelum tamat permainan beliau
menanduk masuk untuk gol pertama yang menyemarakkan
semangat penonton yang sebelum itu lebih gemar
melemparkan kata2 kesat terhadap pemain kelantan
terutama kepada vorawot..bermula dari gol penyamaan
tersebut penonton kembali ghairah dengan memberi
sokongan fanatik..seolah2 memberi tonik baru kepada
pemain2 kelantan untuk terus menyerang dan menyerang
sehinggalah bala conde melakukan suatu gerakan menarik
dalam kotak penalti perlis sebelum meledakkan rembatan
deras untuk menamatkan malam ceria buat kelantan.
pemain2 kelate malam ini:
1. shahrizan isamail : antara pemain yang cemerlang
malam ini.. banyak save bola bahaya, pun begitu tindakan
bahayanya dihujung permainan nyaris2 menghasilkan gol
buat perlis apabila keluar dari posisi,nasib baik bola
dapat diselamatkan oleh zaidi dan sarudi.
2. saifulnizam: memuaskan.. macam biasa.. tenang..
3.zaidi mat ail : sederhana .. kadang2 tindakannya
membahayakan pntu gol sendiri.
4. sarudy : pada kawe dia main bawah tahap sebenar,
banyak buat kesalahan mudah, wbgmanapun dia tetap rajin
dan bertenaga.
5. azman yusoff : ok.. konsisten, memuaskan..beberapa
kali buat rtembatan jauh namun tersasar.
6.kamree: anatara pemain yg rajin malam ni..memuaskan
7. s.bukhari : sederhana .. tiada apa yg menarik tentang
pemain ini..
8. rozmin : kurang memuaskan sehingga dikeluarkan dan
diganti oleh bala.
9.mat nor derus : memuaskan.. banyak buat larian2
deras..tetapi percubaann jauhnya juga banyak tersasar
diganti dengan admin ismail.
10. hardi : memuaskan.. cuma penyudah masih tumpul.
11. vorawut : slow..kurang bertenaga..banayk peluang
gagal disempurnakan.. wlau camanapun beliau tetap org
paling besar di padang diganti dgn arman zairi
12. fatrurazi: man of the match..
13. admin : memuaskan..berpotensi jadi pemain utama
14. arman zairi : memuaskan, bertenaga
kad kuning : zaidi mat ail
penonton: 8 ribu kot
kesimpulan malam ni .. banyak lagi kerja abe pal..
dan perlu melahirkan lebih ramai "fatrurozi"
# tak puas ati : tiket scoreboard dah rm 12...org tak
ramai kat situ male nih.
|
KOTA
BHARU Ahad 03 Februari 2002 |
Beri
mereka masa... |
Kelibat
Syed Bukhari dan Voravut banyak membantu |
Tekanan
ketika permainan akibat diletakkan harapan yang tinggi
selepas menduduki tempat ketiga liga musim lalu di
samping kehilangan beberapa tonggak utama yang boleh
dianggap nadi pasukan musim lalu merupakan faktor utama
prestasi kurang memberangsangkan pasukan Kelantan
selepas mengharungi dua perlawanan setakat ini. Berbeza
dengan saingan musim lalu, Kelantan bermula tanpa
sebarang tekanan kerana baru memasuki Perdana I selepas
menjuarai Perdana II pada tahun sebelumnya. Jadi tidak
hairanlah musim lalu Kelantan mencatat kemenangan demi
kemenangan dalam pusingan pertama sehingga menduduki
tangga ketiga liga. Namun label pasukan elit bukanlah
mudah untuk dipertahankan apabila lawan mula
berhati-hati apabila pertemu pasukan kita dan hasilnya
jelas ketika kita dikecewakan oleh pasukan Melaka.
Di
samping itu ketiadaan S. Sivaram, Rizal Zambri Yahya dan
Anuar Abu Bakar paling dirasakan kerana ketiga-tiga
pemain tersebut merupakan nadi bagi menghidupkan barisan
tengah dan hadapan yang jelas longlai dalam dua aksi
setakat ini. Bagaimanapun kehadiran Syed Bukhari nyata
memberi sedikit harapan dan Voravut memerlukan lebih
masa untuk menyesuaikan diri bersama Hardi Ahmad dan
Fatrurazi Rozi. Sementara bahagian pertahanan bakal
mendapat sentuhan Akmal Ahmad Tabrani yang berehat
setahun menjelang pertemuan menentang Negeri Senbilan
Chempaka Sabtu ini. Benteng yang dibarisi pemain yang
hampir sama dengan musim lalu perlukan lebih banyak
perlawanan bagi mengembalikan kekuatan lebih-lebih lagi
dengan kehdiran Zaidi Mat Ail yang setakat ini
menunjukkan semangat juang yang tinggi. |
KUALA
LUMPUR Sabtu 02 Februari 2002 |
TNB,
SKMK seri lagi... |
SKMK
juga seri 1-1 dengan JKR Kedah |
Kehadiran
jurulatih baru TNB Kelantan Azraai Khor Abdullah di
Stadium Petaling Jaya malam tadi tidak berjaya membantu
pasukan itu apabila diikat 1-1 oleh pasukan MPPJ. Tuan
rumah menjaringkan gol seawal minit ke 7 sementara
pasukan pelawat menyamakan kedudukan melalui bekas
pemain bawah 19 tahun Malaysia Khairul Zalazmi Zahinuden
(gambar terbaru di kanan) Perlawanan nyata seimbang
dengan kedua-dua pasukan sering berbals serangan. |
KUALA
LUMPUR Jumaat 01 Februari 2002 |
Benamkan
Singa Utara! |
Kemunculan
sulung Voravut dan Syed Bukhari diharap dapat membantu
Kelantan memungut tiga mata malam esok |
Misi
memulihkan maruah yang tercalar di Melaka jauh lebih
sukar dari mendapatkan ITC bagi membolehkan Syed Bukhari
dan Voravut Srikama beraksi namun K. Rajagopal tahu
betapa harga sebuah kehormatan tidak dapat
dinilai dengan wang ringgit. Justeru, satu-satunya jalan
bagi menebus dosa yang terbuku adalah dengan
menundukkan Singa Utara Perlis di hadapan penonton
sendiri bagi membina kembali keyakinan peminat yang
hampir musnah akibat amukan sang kancil minggu lalu.
Bekas jurulatih Selangor yang mengakui beliau harus
berdiri di alam nyata, Perlis jauh lebih baik dari yang
ditemui ketika empat penjuru lalu dan tujuh hari selepas
tragedi itu harus dilalui penuh teliti bagi menilai dan
memperbaiki segala kepincangan terutama di bahagian
benteng dan tengah yang lumpuh sepeninggalan Rizal dan
Sivaram. Sayang Nik Musanif juga tiada buat menemani
Kamree yang terkial-kial mencari rakan. Sarudy, yang
selalunya bergandingan dengan Saifulnizam di benteng
tengah ditugaskan menggantikan tempat Sivaram di kanan,
gagal berfungsi bagi membantu bahagian tengah dan
hadapan. Dia yang bagaikan kekok dengan posisi barunya
sering kehilangan arah.
Kelemahan
ini di kesan oleh jentera lawan dan sering menggunakan laluan
ini untuk melakukan serangan. Sedikit berbeza dengan
benteng kanan Azman Yusoff yang beraksi dengan baik
namun lorongannya senang dihidu oleh pihak lawan yang
mengawal ketat Hardi dan Fatrurazi. Sementara Arman
Zairi ayang beraksi di tengah bersama Rozmin dan Rozmin
gagal menujukkan komitmen. Kemasukan Syed Bukhari
dilihat tepat pada waktunya ketika jentera tengah
bagaikan hilang pedoman sementara Zaidi, Saiful, Sarudy
dan Azman akan tetap diberi kepercayaan di benteng.
Menilai prestasi di Melaka, Mohd Nor Derus dilihat calon
paling layak sebagai attacking midfielder dan
jika K. Rajagopal memilih formasi 4-3-3 pastinya Hardi,
Fatrurazi dan Voravut akan berada di hadapan. Walau
apapun muslihat jurulatih Kelantan kali ini, misi
memburu tiga mata tetap menjadi agenda utama sambil
perhatian tertumpu ke arah 6 pemain yang memegang satu
kad kuning sekarang. Peminat yang dahagakan kemenangan
pastinya akan memberi sokongan padu demi mencapai
matlamat menewaskan pasukan bimbingan Tajuddin Nor itu.
|
KUALA
LUMPUR Rabu 30 Januari 2002 |
Hadapi
kenyataan! |
|
Arman
Zairi Johan (merah) cuba memperdaya pemain Melaka Armin
Shariff |
Kami
siarkan kembali ulasan Emeet dan Din Mat mengenai
perlawanan Kelantan Melaka yang dipetik dari guestbook |
Ulasan
Emeet |
Assalamualaikum...,
di sini saya ingin mengambil kesempatan..,untuk bersama
menumpang sedikit perasaan up-set terhadap keputusan
perlawanan semalam...,saya bersama-sama dengan slice_dat,
webmaster dan beberapa orang rakan kita yg turut berada
di stadium H.Tuah semalam...,sedikit sebanyak terkejut
dengan beberapa keadaan dan situasi yg berlaku sebelum
dan semasa perlawanan berlangsung.....,saya tidak mahu
mengulas panjang mengenai perlawanan tersebut..,dan
seperti apa yg telah dinyatakan oleh tok_ayoh..,kerana
beliau menghubungi kami semasa perlawanan berlangsung
semalam...keputusan pengadil juga..,mungkin antara
penyebabnya...,saya bukanlah mahu menyalahkan
pengadil..apabila team kita kalah...tetapi saya rasa
jika anda berada di sana semalam pun.,..andai pasti
setuju dengan pendapat saya...
SEPARUH MASA PERTAMA:-
Keadaan pada separuh masa pertama adalah
seimbang..,dengan ke dua-dua pasukan sering melancarkan
serangan dan kadang2 mengundang cemas...baik di pihak
kelantan..,mahupun di pihak melaka.Akan tetapi..,kalau
mahu dibuat kesimpulan..,serangan dari pihak melaka
nampak agak merbahaya kerana lebih kurang 4-5 percubaan
tepat mereka berbanding kelantan yang hanya melakukan
satu percubaan tepat..melalui tandukan Hardi
Ahmad..,jika tidak kerana kecemerlangan Mat
shah..mungkin kita lebih awal dibolosi serta tewas
dengan margin yg lebih besar lagi....md nor derus
melepaskan peluang keemasan ketika baki perlawanan
tinggal lebih kurang 5 minute pada separuh masa pertama
dengan ruag cukup terbuka utk beliau melakukan rembatan
tepat..tetapi cubaan beliau melambung tingii ke langit.
SEPARUH MASA KEDUA:-
Bermulalah malam kehancuran kelantan semalam..,apabila
baru 4-minit perlawanan bersambung Melaka membuka
jaringan awal menerusi Halim Jantan pada minit ke-49.Gol
ini berpunca daripada kurangnya komunikasi serta
persefahaman antara saiful Nizam Husien(stooper) dan
Zaidi Mat Ail(last man) yg membiarkan Halim Jantan mudah
munyusup masuk ke dalam kotak penalti dan cuma
menyambung hantaran rakan bagi meletakkan bola ke dalam
gawang Kelantan.Gol ke 2 Melaka juga berpunca daripada
kurangnya persefahaman antara pertahanan sehingga
membiarkan sekali lagi halim jantan melakukan pecutan
terus ke dalam kotak penalti..,dan Mat Shah yg pada
ketika itu berada dalam keadaan 50-50 terpaksa
merebahkan badan dan menjatuhkan Halim Jantan...sepakan
penalti disempurnakan oleh K.Nanthakumar(minit
ke-60)...9 minit kemudian gol ke-3 melaka muncul....dan
cuma gol ini sahaja yg.boleh diterima akal sebagai gol
bersih daripada Melaka..berpunca dripada sepakan penjuru
dan bola ditanduk lambung ke penjuru kanan gawang
Kelantan...walaupun berjaya dicapai sedikit oleh Mat
Shah tetapi bola tetap menerjah jaring....pada separuh
masa ke-2 ini 3 peluang keemasan Kelantan gagal
dimanafaatkan menerusi percubaan Md.Nor Derus yg terkena
tiang dan sekali lagi bola terkena tiang menerusi
tandukan Bala...satu gerakan skill yg menarik dilakukan
Hardi Apabilamengelecek 2 pertahan Melaka..,melakukan
turning dan meledakan rembatan..tetapi bola sipi
melepasi palang gol Melaka...di penghujung 10 minute
terakhir..berlaku sedikit ketegangan apabila Sarudy Aziz
yg dari bawah meluru ke arah pengadil seperti mahu
melepaskan tumbukan ataupun tendangan..,tetapi biar
menepuk belakang pengadil utk melepaskan geram beliau
apabila Md. Nor Derus dijatuhkan di dalam kotak penalti
dan pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti..,md.
Nor derus yg sedar tiada ihsan daripada pengadil bangkit
merebut bola dan ingin melepaskan rembatan..,tetapi
pengadil meniup wisel kerana mengatakan bola sudah pun
terkena tangan Md.Nor terlebih dahulu....itu lah serba
sedikit mengenai perlawanan semalam...
p/s: 4 trio Kelantan yg bersama dengan melaka semalam
semuanya diturnkan dan semuanya menunjukan suatu
permainan yg bermutu.....
-keputusan upset yg kami maksudkan ketika perlawanan
belum berlangsung ialah tiadanya kelibat perangcang
import kita "SYED BUKHARI IDRIS"...menyedari
keadaan itu..,saya bertanya kepada salah seorang pemain
Kelantan dan beliau menyatakan Syed masih belum
memperolehi sijil ITC yg menjadi syarat kepada setiap
pasukan untuk menurunkan tonggak import...jadi semalam
bahagian midfield Kelantan agak tempang kerana hanya
T.Kamree yg jelas keseorangan dalam menjana jentera
serangan...apa yg menjadi PERSOALANNYA SEKARANG.....syed
Bukhari Idris..telah 3 bulan menjalani latihan bersama
Kelantan???masakan masih belum selesai urusan ITC
beliau???segala-galanya hanya KAFA yg tahu...di tambah
lagi dengan hanya 4 orang pemain simpanan yg
dibawa(kurang 1)..dan ke empat-empatnya ialah pemain
midfield dan pertahanan..tiada satu pun
striker???bayangkan apa berlaku jika bala ataupun Hardi
tercedera semalam????apa2 pun terpulang kepada KAFA....last
minute baru mahu buat kerja.....
-6 pemain Kelantan menerima kad kuning
(Hardi,Mat shah,sarudy,Rosmaini,zaidi mat Ail,Azman)
**beware..,semua defend kita dah kena kad |
Ulasan
Din Mat |
An embarrassing score line. Should be more if not
for sterling performance displayed by Mat Shah. I went
to Melaka with high hope and expectation, hoping that
Kelatan would be able to extend the performances that
catapult the team to the top section of the league last
year. Disappointed, maybe, but I am more concern with
the depth of the team. The 2 so called wingbacks were
not up to the task. They are unable to make any decent
pass. Our main strength lies with the agility and speed
of the strike force led by Hardi, However, without any
penetrating pass, they are left high and dry. Due to
their size, they are unable to force their way through
in tight situation. However, if the ball is placed
behind the defender, they by having tremendous speed can
give any defender a torrid time. Instead of making a
penetrating pass behind the defender, most of the passes
made are short (especially made by Azman Yusoff (no 12))
and in such a way that the flankers have to come and
collect the ball at the center line and forcing them to
dribble their way through. In addition this, Azman was
unable to check the flanker and Melaka is able to
capitalize on this spraying dangerous crosses into our
penalty area.
Zaidi Mat Ail (No 5) and Saifulnizam Husin (14) made a
commendable performance and capable to handle most of
the aerial passes with ease. Rozmin Musa (No 25) was
unable to distribute the ball effectively and add
pressure to Kamree.
Frustrated, our players have resorted to rough tactics.
This should be avoided; the players should keep their
anger and temper in check. Arguing with the Ref is
futile and could worsen the situation. Sarudy Aziz (No
21), losing his head, rushed and pushed the Ref; he was
lucky to receive only a yellow card. With limited number
of players available it is important that we avoid
unnecessary suspension.
I do empathized with Rajagopal, due to limited players,
he has to field 2 green horns no 4 (Admin Ismail)and
6(Arman Zairi), which sad to say due to their
inexperience were unable to make any notable
contribution.
Having saying that, let focused on the coming matches.
Let the match tonight be an eye opener and inspire the
team to do better in the next game. Please remember, you
represent our hope, inspiration and passion. There is
long season ahead…. hopefully we can rediscover our
winning touch.
GOMO KELATE GOMO
Your biggest fan |
MELAKA
Isnin 28 Januari 2002 |
Sayang
Bukhari! |
Tidak
dapat membantu Kamree |
Belumpun
sepak mula di Stadium Hang Tuah dilakukan, peminat
bagaikan sudah menghidu kekalahan pelawat apabila
kelibat Syed Bukhari tidak bersama rakan-rakan yang
berjersi serba merah berjalan keluar ke pentas saingan.
Lebih dari itu, kelihatan hanya empat pemain muda yang
duduk di bangku simpanan. Sementara Akmal Ahmad Tabrani
yang berehat panjang kelihatan di tempat duduk penonton.
Beliau yang tidak menghadiri mesyuarat Lembaga
Disiplin di gantung tiga perlawanan. Kelantan awal-awal
lagi memberi tekanan kepada tuan rumah apabila Hardi
yang mendapat lantunan dari Rozmin Musa membuat tandukan
namun diselamatkan oleh penjaga gol lawan. Dan selepas
itu hanya menyaksikan pasukan kancil beberapa kali
mencemaskan pintu gol kijang namun dinafikan oleh
kepantasan Shahrizan Ismail. Dalam kesibukan tuan rumah
melancarkan asakan Hardi yang jarang sekali mendapat
lorongan mendapat kad kuning pertama musim ini akibat
kekasaran ke atas pertahanan lawan. Minit ke 25
perlawanan pemakai jersi 25 Rozmin Musa mendapat peluang
terbaik mendahului tapi sepakannya tersasar ke atas
palang gol. Dan selepas itu Redhead yang sekali sekala
membuat serangan mudah dipatahkan oleh benteng yang
dibarisi oleh Azaha Azizi dan Rosli Omar. Melaka
bagaikan mengerti benteng Kelantan yang rapuh terus
mengasak dari segenap penjuru namun babak pertama
berakhir dengan 0-0. Tanpa
sebarang pertukaran, skuad Melaka yang menyedari
kelemahan benteng Kelantan melipat gandakan asakan
sebaik babak kedua dan gol pertama terhasil selepas 4
minit saingan menerusi Mohd Arsyah. Gol berpunca dari
salah faham Saiful dan Zaidi Mat Ail.
Gol
tersebut nyata menyemarakkan semangat tuan rumah apabila
berkali-kali mencemaskan pintu gol Kelantan dan di minit
ke 60 Melaka mendapat sepakan penalti apabila Shahrizan
menjatuhkan Halim Jantan. Dan beliau juga dihadiahkan
kad kuning akibat membantah keputusan pengadil. Gol
disempurnakan oleh K. Nanthakumar. Menyedari bahagian
tengah Kelantan yang hampir langsung tidak berfungsi
memaksa K. Rajagopal mengeluarkan pasangan Tuan Kamree,
Arman Zairi Johan digantikan oleh Admin Ismail. Melaka
yang tetap tidak berpuas hati dengan dua gol terus
memberi masalah buat benteng Kelantan yang menyaksikan
Sarudy Aziz mendapat kad kuning akibat menolak pengadil
dari belakang. Sesekali Mohd Nor Derus membuat percubaan
namun tersasar termasuk satu percubaannya yang terkena
tiang. Menyedari benteng yang sudah tidak bermaya,
Saiful dikeluarkan dan Rosmaini Ismail dimasukkan tapi
keadaan tetap tidak berubah sebaliknya Melaka mendapat
gol ketiga hasil tandukan penyerangnya yang gagal
dijangkau kemas oleh Shahrizan. Malah Rosmaini juga
mendapat kad kuning selepas hanya beberapa minit beraksi.
Di akhir babak Fatrurazi hampir menjaringkan gol namun
tandukannya juga tersasar. Lain-lain pemain yang
mendapat kad kuning adalah Zaidi Mat Ail. Barisan
Kelantan 23. Shahrizan Ismail, 12. Azman Yusoff , 5.
Zaidi Mat Ail, 14. Saifulnizam Husin, 21. Sarudy Azizi,
6. Arman Zairi Johan, 13. Tuan Kamree, 25. Rozmin Musa,
11. Mohd Nor Derus, 19. Hardi Ahmad, 15. Fatrurazi Rozi.
Pemain Simpanan : 4. Admin Ismail, 3. Rosmaini Ismail,
1. Mohd Shahrun Ismail (Penjaga Gol), 9. Ahmad Perbuana
Ismail
|
KOTA
BHARU Sabtu 26 Januari 2002 |
Mampukah
Azaha! |
Dua musim
bersama pasukan bermasalah JKR Kelantan mengajarnya
betapa perit kehidupan sebagai pemain bolasepak sepenuh
masa. Mengorbankan kerjaya sebagai pegawai bank demi
memenuhi kehendak naluri, namun langit tidak selalu
terang dan segala rentetan mendewasakan Azaha Aziz yang
sudah bersedia mental dan fizikal untuk mengawal
pergerakan si lipas kudung Hardi Ahmad dan si bijak
Fatrurazi Rozi. Bersama rakan senegeri Rosli Omar dan
Armin Shariff yang berkelana ke negeri Hang Tuah, Azaha
bakal menjadi tunggak utama yang bakal menghalang niat
sang kijang membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu.
Lebih dari itu pemain kelahiran Kuala Krai ini terpaksa
memastikan rakan-rakan barunya menghalang kelibat Mohd
Nor Derus dan Rozmin Musa yang akan berusaha memastikan
penjuru kiri dan kanan Stadium Hang Tuah milik mutlak
mereka. Musim lalu di medan yang sama, skuad bimbingan
K. Rajagopal berputih mata akibat kekurangan sokongan
mental selepas diasak hebat oleh pasukan kendalian Ramli
Junit itu. Masih jelas bayangan Armin Shariff yang
terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dalam perlawanan
itu namun malam ini Armin dan Rosli Omar turun dengan
pasukan yang berbeza tapi misi tetap sama; menjana
bahagian tengah dari monopoli Tuan Kamree dan Syed
Bukhari.
Menilai
saingan empat penjuru lalu, bahagian depan dan tengah
bakal dikuasai Redhead tapi benteng yang sering menjadi
igauan buat Rajagopal memerlukan lebih dari suntikan
semangat bagi membendung serangan sang kancil sambil
membiarkan sorakan dari penghuni bandar bersejarah di
bawa Angin Laut China Selatan tanpa mengganggu rentak
yang telah di susun rapi. Sarudy Aziz, Azman Yusoff,
Zaidi Mat Ail dan Saifulnizam Husin perlu akur yang
mereka akan berhadapan dengan 11 pemain yang selalunya
tidak mengecewakan penyokong mereka di samping berurusan
dengan kerakusan penyokong yang pernah dikritik hebat
musim lalu. Yang pasti, andainya kesebelasan malam ini
berjaya menggarap segala tekanan di luar padang dan
melakukan yang terbaik di bahagian tengah dan hadapan
sementara bahagian benteng berjaya meminimakan
kesilapan, kita pasti tidak akan pulang hampa. Dan
sedikit kelegaan hadir kerana hampir semua pemain utama
sudah biasa dengan situasi sukar lebih-lebih pengalaman
ketika beraksi dalam sainagn suku dan separuh akhir
musim lalu.
Penyokong-penyokong
Kelantan yang akan ke Stadium Melaka malam ini diminta
duduk di Grandstand dan memastikan sokongan padu bagi
mengurang tekanan dari penyokong tuan rumah ke atas
pasukan kesayangan kita.
|
KOTA
BHARU Rabu 23 Januari 2002 |
Selamat
datang Voravut |
Penyerang
impot yang dicari sudah ditemui |
K.
Rajagopal akhirnya menamatkan pencarian pemain impotnya
apabila Voravut Srikama, pemain Thailand yang sekarang
bersama kelab BEC Tero Sasana yang menjadi juara Liga
Thailand dua tahun lalu, berjaya memikat hati beliau.
Pemain Thailand tersebut pernah beraksi dalam Piala
Tiger tahun 2000 di Bangkok dan muncul sebagai penjaring
terbanyak termasuk hattrick dalam perlawanan akhir
ketika Thailand menewaskan Indonesia 4-1.
Kami
mendapat feedback yang baik selepas meminta
peminat laman ini menghantar gambar Voravut di guestbook
semalam. Gambar bawah adalah kiriman Rosediana Kamal
sementara gambar bawah kiri adalah kiriman dari Nik
Fadli. Kami mengharapkan agar lebih banyak foto dan
biodata pemain baru seperti Zaidi, Rozmin, Syed Bukhari,
Md Nor Derus di hantar kepada kami untuk dimuatkan dalam
ruangan biodata. E-mel kami gomokelate@hotmail.com
|
KOTA
BHARU Jumaat 18 Januari 2002 |
9
kekosongan? |
Yang
tinggal buat pemain TNB musim lalu |
TNB
Kelantan bagaikan si tamak yang tidak puas dengan apa
yang ada apabila mengikat satu demi satu pemain baru
tanpa langsung mengambilkira tonggak musim lalu yang
membawa pasukan itu ke Piala Malaysia. Selepas
dikejutkan dengan pengambilan Azrul Amri Burhan serta
beberapa tonggak 'berharga' dari Perak dan Negeri
Sembilan di samping beberapa nama dari pasukan lain,
kini muncul tiga nama baru yang pastinya menambah
senarai pemain yang menyarung jersi pasukan korporat itu
buat pertama kali. Samada sedar atau tidak, situasi ini
jelas tidak disenangi oleh pemain-pemain yang bertungkus
lumus menabur bakti musim lalu kerana lebih ramai muka
baru yang muncul, semakin kurang peluang bagi muka lama
untuk kekal dalam senarai terakhir nanti. Mereka perlu
bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat yang
semakin kurang. Sebelum ini TNB dengan angkuh
mengumumkan 11 pemain luar sudah diikat di samping
membayangkan kemungkinan menggunakan khidmat pemain dari
Liga Inggeris sebagai pemain impot. Masing- masing tiga
bekas pemain Perak dan Kelantan, dua dari Negeri
Sembilan dan JKR Kelantan serta seorang dari Kedah
menjadikan 11 semuanya, kini dua lagi
pemain
dari JKR, pasukan yang digantung dari Perdana II musim
ini iaitu Khairul Anuar Ramli dan Badrulhisham Kadir
serta seorang pemain KL Malay Mail bakal menyarung jersi
pasukan bimbingan Salim Mahmud menjadikan 16 muka baru
termasuk pemain impot. Maknanya jelas, cuma tinggal 9
lagi kekosongan dari 25 pemain yang dibenarkan oleh FAM
untuk pasukan kelab untuk di saingi oleh lebih 20 pemain
TNB musim lalu. Nama-nama besar seperti Hamdi Ibrahim,
Nordin Shukri, Saidi Mamat, Latif Jusoh, Morhim
Abdullah bakal bersaing dengan beberapa nama dari
barisan utama musim lalu. Bagaimanapun TNB sudah
menggugurkan 11 pemain musim lalu lebih awal, kini
tinggal 14 nama yang akan bersaing untuk merebut 9
tempat tersebut. Namun kekosongan itu mungkin
berkurangan andainya ada lagi pemain baru dari negeri
lain yang berminat untuk menyertai pasukan yang akan
menentang pasukan Polis dalam saingan pertama 27 Januari
nanti. 16 muka baru bukannya sedikit, mungkin itu
merupakan rekod 'Pemain Baru Paling Ramai di daftarkan'.
Ketika KAFA masih tercari-cari tiga pemain lagi untuk
mengisi slot 20 pemain, di samping hanya 5 lima pemain
baru, TNB jelas berbelanja besar dan kita harapkan
hasilnya juga memuaskan hati.
|
KOTA
BHARU Isnin 14 Januari 2002 |
Kelantan
juarai saingan |
Selepas
menewaskan Surat Thani 3-2 malam tadi |
Saingan
empat penjuru berakhir semalam namun K. Rajagopal mulai
sedar betapa saingan getir bakal menanti anak buahnya
dalam kancah sebenar nanti. Biarpun menjuarai saingan
dengan tujuh mata namun masih banyak yang perlu diatasi
terutama di barisan bawah yang kerap dibocori. Keputusan
menewaskan Negeri Sembilan 3-1, Surat Thani 3-2 dan seri
dengan Perlis 1-1, jelas menampakan segala kepincangan
yang perlu diatasi segera sebelum saingan bermula dua
minggu dari sekarang. Di sudut lain, Mohd Noor Derus
yang menggantikan tempat Anuar Abu Bakar jelas mampu
menggalas tugas itu apabila menjaringkan dua gol ketika
menewaskan pasukan Selatan Thailand malam tadi.
Sementara kembar Hardi-Bala semakin matang apabila
masing-masing menjaringkan dua dari tujuh gol sepanjang
kejohanan.
Namun,
keputusan seri 1-1 dengan pasukan Perlis jelas
mengundang kebimbangan lebih- lebih lagi apabila bertemu
pasukan yang jauh lebih baik persiapan mereka seperti
Pulau Pinang dan Terengganu nanti. Tetapi itu bukanlah
ukuran sebenar tapi yang jelas setiap pasukan bakal
menunjukkan peningkatan mendadak lebih-lebih lagi dengan
kehadiran pemain impot masing- masing. Bagaimanapun
keseluruhannya kejohanan ini penting bagi meningkatkan
ketahanan mental pemain di samping memupuk persefahaman
antara pemain lama dan baru - Rencana
ini ditulis selepas kami menghubungi penjaga gol
Kelantan Shahrizan Ismail lima minit selepas perlawanan
menentang Surat Thani malam tadi. Kami mengharapkan
ulasan sempurna dari salah seorang penonton Redhead.
Hantarkan kepada
gomokelate@hotmail.com
|
KOTA
BHARU Sabtu 12 Januari 2002 |
Kelantan
3 - N9 1 |
Perlis
dan Surat Thani seri 1-1 |
K.
Rajagopal sudah boleh menarik nafas lega selepas
menyaksikan anak-anak buahnya menewaskan pasukan
bimbingan Sheikh Mohd Zaki 3-1 di Stadium Sultan Mohamad
ke IV Kota Bharu malam tadi. Lebih dari itu ketiadaan
Anuar Abu Bakar di sebelah kanan berjaya diisi oleh Mohd
Nor Derus yang banyak membuat larian sementara Rozmin
Musa mengisi tempat Nik Ahmad Fadhli di sebelah kiri dan
beliau sempat menjaringkan satu gol dari tiga gol tuan
rumah. Dua gol lagi adalah hasil kombinasi mantap Hardi
Ahmad dan Fatrurazi apabila masing-masing menjaringkan
satu gol. Bahagian tengah menjadi hak mutlak Tuan Kamree
dan dibantu oleh pemain impot dari Thailand Syed Bukhari
berjaya menjana bahagian itu dengan baik.
Di
bawah, empat pemain Azman, Sarudy, Zaidi dan Saiful
mungkin menjadi pilihan utama di masa depan sementara
Akmal dan Ahmad Perbuana perlu bekerja keras untuk
merebut tempat itu. (Ulasan lebih terperinci boleh
dikuti diguestbook)
Dalam
satu lagi perlawanan yang dijalankan sebelumnya, Perlis
dan Surat Thani seri 1-1. Malam ini Redhead akan melayan
pasukan Perlis jam 9.30 malam sementara Negeri Sembilan
bakal menghadapi kepantasan pasukan Surat Thani dalam
perlawanan yang akan bermula 7.45 malam. Di harap lebih
ramai peminat yang datang untuk memberi sokongan moral
kepada pasukan tuan rumah malam ini.
|
KUALA
LUMPUR Jumaat 10 Januari 2002 |
SKMK
tanpa bintang |
23
pemain termasuk dua tenaga impot di umumkan |
Syarikat
Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) bakal memulakan kempen
dalam saingan Perdana II buat julung kalinya musim ini
tanpa kehadiran pemain yang berstatus bintang. Dengan
kombinasi pemain musim lalu dan bekas pemain dari skuad
simpanan Kelantan serta dua tenaga impot dari Thailand, semi
finalis Piala FAM musim lalu itu tetap
menjanjikan cabaran getir buat pasukan lain. Pengurus
pasukan, Haji Azhari Awang akur dengan dengan ketiadaan
bintang yang datang semasa pemilihan tempoh hari namun
itu bukanlah ukuran sebenar pasukan nya. Nama-nama
pemain yang terus dikekalkan adalah seperti Anuar Roni,
Mat Anuar Semail, Mohamad Abdullah, Bukimi Dollah, dan
Nalimi Abdul Manan bukanlah nama asing bagi peminat
pasukan SKMK dan mereka akan dibantu oleh beberapa bekas
pemain simpanan Kelantan seperti Khairan Eroza, Nizam
Mohd Nor dan Hafiz Mahadi.
Di
samping itu dua pemain impot dari Selatan Thailand Wan
Cai E-zor dan Yunaina Dollah juga mempunyai sentuhan
baik dan bakal mengucar-kacirkan benteng lawan. Setakat
ini SKMK telah melalui tiga perlawanan persahabatan;
menang ke atas TNB Kelantan dan FAMA dengan
masing-masing 3-1 dan 3-0 sebelum tewas 0-2 kepada TNB
juga Selasa lalu. Haji Azhari membayangkan pasukannya
akan meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan
beberapa pasukan di selatan Thailand sebelum beraksi
dalam aksi sebenar menentang Telekom Melaka pada 27
Januari di Stadium Kubu nanti. Buat masa ini pasukan
bimbingan Mahadi Yusoff ini sedang giat menjalani
latihan di Padang Mardi, Kota Bharu.
Berikut
disiarkan senarai rasmi 23 pemain pasukan SKMK Kelantan
musim ini.
|
|
|
|
|
|
|